Followers

thx

" terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi membaca atau pun lepak-lepak atau just tumpang lalu.. sebarang komen-komen yang bernas amat dialu-alukan dan komen-komen yang tidak begitu bernas pun boleh jugak dan akhir skali jangan lupa jadi follower untuk blog saya.. thx "

Wednesday, June 8, 2011

dunia khayalan

manusia oh manusia
kenapa tidak pernah bersyukur
dengan apa yang ada
dengan apa yang dimiliki
dengan apa dikurniakan
masih mengidamkan 
sesuatu yang diluar jangkaan
sesuatu yang kesempurnaan 
yang mungkin tidak akan menjadi
kenyataan

cerita-cerita di kaca
televisyen
drama-drama yang ditonton
adakalanya diluar batasan
diluar kesempurnaan..
tapi kita harapkan 
seperti mana yang kita tonton
ingin memiliki apa yang dimiliki
oleh aksi-aksi
yang hanya berlakon semata-mata

manusia oh manusia


Masih hidup

dalam 
dunia khayalan

semata-mata

Tuesday, May 24, 2011

Andai Lelaki Tahu

sedang aku duk blogwalking.. aku jumpa satu nice entry..  just nak share jek.. so enjoy..

Andai Lelaki Tahu


Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu  tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan  untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila  seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya  tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan  menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada  seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya  lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah  bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya  dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia  mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda  seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk  dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila  perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak  sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda seperti anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau  sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang  diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik  untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia  mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau  hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan  rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan i love you, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu  merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga  melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia  rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan,  bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila  perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya  kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya  memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu,  percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih  baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki  tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi  degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar  dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai  kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya  dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, tolong  tinggalkan saya!, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali  tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia  benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia  terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat  sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang  tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling  melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah  indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan  yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan  tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat  lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang  perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan  sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan  membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi  perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

cantiknya

citer nie mcm nie.. citer apa yg ingat jek..

kejadian tu tak tau kat mana tp suasanaa malam.. tgh duk lepak2 dgn member.. depan tu satu bangunan.. mcm skola agama.. n ada petrol minyak shell rasanya..

masa tgh lepak2 tu.. tetiba dak2 skola tu kuar ramai2 berserban dan pakaian serba putih.. duk kejar orang.. aku takut.. lari la.. dlm lari2 tu aku jadi confius taktau lari ke mana.. last kena tangkap..

bawa balik ke bangunan tu.. so dorang terang kenapa dorang kejar.. dan tangkap.. so aku faham.. setiba tu muncul sorang pompuan.. berkulit cerah.. tinggi.. rendah skit dari aku.. berbaju kurung serba merah.. tudung merah.. masa dia lalu tu.. aku terpandang.. dan hati aku masa tu berkata.. 

 cantik nyer pompuan itu..

walaupun iras wajah nyer tak nampak.. samar2

Thursday, May 19, 2011

sekeping nota

tidak pernah ku sangka
apa yang akan terjadi
terjadi dalam perjalanan hidup ku
setelah aku meraih kebahagiaan yang cukup utuh
ia hilang di dalam sekelip mata
tak sempat ku pejam
tak sempat ku celik
hilang bagaikan butiran pasir yang di tiup angin

bertaburan
berselerak
dan tidak pasti akannya

apa yang pasti
hanya sekeping nota di sisiku

yang terdapat di dalamnya
hanya tulisan tangan
yang bertulis

Selamat Tinggal..

Salam

sambil ditemani oleh sekumtum mawar layu...


Tuesday, May 17, 2011

terkapai-kapai

setiap hari aku akan
mengatur langkahku
untuk aku menempuhi lorong 
yang berliku-liku
agar aku menemui cahaya
yang akan menyinari kegelapan aku

Hari demi hari aku masih menanti
agar ia memberi sinaran yang ku cari selama ini
Namun ku tetap merasa
 kecewa bila kaki penat berlari
ke sana sini
Namun Ku takkan pernah cuba berhenti
membawa harapan yang tidak pasti
sama ada aku mampu
menemui cahaya yang aku cari 
selama ini

aku hanya bertawakal pada Yang Maha Esa
moga
kau ku temui
wahai sinar cahaya ku

supaya aku dapat kembali
keluar dari jalan yang sesat
penuh kegelapan

Hadir diri mu dalam hidup ku ini...
Berikan kekuatan untuk ku
sebelum aku terus melangkah pergi...

Wednesday, May 11, 2011

tiada cerita yang menarik

tengok kanan
tengok kiri
tengok atas
tengok bawah

namun tiada siapa pun
hanya bertemankan laptop
monitor skrin 23"
serta tetikus merah

ajaib sungguh hidup ini..
kekadang kita rasa sunyi
kekadang kita rasa keseorangan
tapi 
kita terasa kita merindui seseorang
maka kita tidak keseorangan
dan juga kesunyian
sebab masih ada hati yang meneman

ajaib sungguh hidup ini
kekadang kita rasa berjauhan
beribu batu 
apatah lagi nak berlaga bahu..
tapi 
kekadang terasa amat dekat sekali
kedengaran suara yang memanggil-manggil
sebab masih ada hati yang meneman

ajaib sungguh hidup ini
kekadang kira rasa masa bergerak begitu lambat
kekadang kita rasa masa tu bergerak begitu pantas
dalam sedar tidak sedar masa itu tetap bergerak
tetap 60 minit
tetap 24 jam 
tetap 7 hari
tetap 1 bulan
tapi
kita masih tidak sedar bila masa itu bergerak
tanpa menunggu walaupun sesaat
walaupun
masih ada hati yang meneman

adakalanya kita leka
kita alpa
tidak sengaja
kita telah sakit hati kita 
sendiri


Sian Hati

Wednesday, May 4, 2011

henti separuh jalan



dot dot dan dot 
sehingga menjadi satu garisan lurus
tapi sehingga mana ingin akan berhenti
ataupun terhenti
adakah ia ketentuan kita untuk 
ia berhenti ataupun terhenti

dalam kita tidak sedar sudah jauh kita berjalan
mungkin sudah sampai kembali titik asal kita
mulanya perjalanan itu..
penat kah?
lelah kah?
tapi kita tetap berjalan.
ada juga tengah berlari

sehingga kita berdiri 
satu ruang satu dot
sambil melihat ke depan
jauh sungguh 
luas 
dan teragak-agak 
bila nak sampai

menoleh ke belakang
tidak termampu untuk 
berpatah balik
menghadapi
liku-liku perjalanan ini
sambil

terduduk 
terpaku
menangis
meratapi
sehingga aku ingin
henti separuh jalan
tapi

Hanya Kita Yang Mengetahui

apakah langkah dot seterusnya..

cerca merba 
atau
teratur

Terpulang

Tuesday, May 3, 2011

cukup-cukup la

Ini kah kita..
menjadi teman yang sejati
menjadi sahabat terhebat
menjadi kawan yang disukai

dijadikan tempat untuk luahan
mendengar segala
persoalana
permasalahan
pergolakan
jiwa kacau
terumbang ambing
ke sana sini
untuk menaikkan semangat kawan-kawannya
tetapi
dia sedar
dia mengetahui
adakala
apa yang diperlakukan oleh kawan-kawannya itu salah
tapi mampukah kita menasihatinya
menegahnya
membatasi
menyalahkannya

aku
tersedar
demi menjaga erti persahabatan
kita secara tak langsung 
bersubahat dengannya
bersetongkol dengannya
cukup-cukup la
jangan engkau cerita 
dekat aku lagi
cerita kebanggaan dosamu
kepada aku

aku tak nak 
bersubahat
lagi

Thursday, April 14, 2011

hati kerana perasaan

Hati ini
tidak pernah menipu kita
hanya kita yang menipu hati kita
untuk menafikan apa yang kita rasa
disebabkan keegoan, keangkuhan, keriakkan, kesian, simpati

tapi hakikatnya
kita
sukakannya,
bencikannya,
dan kita terus menafikannya
 walaupun kita ada hati kerana cinta
walaupun kita ada hati kerana menyampah

adakah kerana kita sudah berpunya
adakah kerana kita tidak rela kecewa lagi
adakah kerana kita terlalu banyak pilihan
adakah kerana kita tidak mempunyai hati

hati-hati kerana hati
lama-lama
kita yang terluka
kerana
menafikannya
Related Posts with Thumbnails